Tuesday, May 11, 2010

Masih belum serah...

Walaupun sudah lebih sebulan dewan serbaguna SMKSTA disiapkan, namun ianya masih belum diserahkan oleh pihak JKR kepada pihak sekolah sekolah. Dikatakan masih terdapat komponen siaraya dan elektrik yang belum beres.

Di dalam perhimpunan rasmi beberapa minggu lalu, ada guru yang mengatakan, perhimpunan kali ini mungkin yang terakhir diadakan di dataran kejat. Kerana minggu depan mungkin kita berhimpun di dewan baru.... Namun sehingga hari ini masih belum dapat menggunakannya.

Maka, kami masih menggunakan dataran kejat untuk perhimpunan rasmi mingguan. Lihatlah gambar para pelajar pada hari Isnin lepas masih berdiri dan duduk di dataran itu. Sabo aje le...!

.

1 comment:

  1. teruskan usaha anda mendidik, sesungguhnya jasamu seorang guru tidak terperi bagi seorang murid
    (Ridzuanfastprintkk)
    Ahmad Zaki Bin Rubian.

    ReplyDelete